Telah lebih 6 bulan wanita ini meninggalakan Malaysia dalam misi kembara solo beliau bermotosikal merentasi 4 Benua dan menjelajah 39 buah negara sejauh 56,000 km.

Kini Anita Yusof telah tiba di London, UK dan akan memulakan siri jelajah di benua Eropah pula. Di bawah adalah peta keseluruhan misi jelajah ini untuk rujukan anda.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

anita-3

Baca: Rakyat Malaysia Ini Bakal Jadi Wanita Muslim Pertama Mengelilingi Dunia Dengan Motorsikal

Sering berkongsi status dan update terkini di akaun Facebook beliau, Anita turut berkongsi saat-saat akhir sebelum meninggalkan Argentina di mana beliau telah ditemuramah oleh Annur Chanel, satu-satunya saluran TV Islamik di benua Amerika.

Dalam segala kekalutan menguruskan shipping, insurance, green card, ride report, reply to messages, UK customs, online check in untuk saudara, saudari dan kekasih hati, I got a message from Annur Channel from Argentina TV, the one and only islamic channel in the whole of Americas, wanting to interview me.

Tak tergamak pulak nak cakap ‘no’. So squeeze juga masa. After all, this is my objective. To show to the world what Muslim woman is capable of. Alhmdulillah.

Thanks to Dato Ashri Muda & Datin Rohayahti Hamzah kerana mengizinkan shooting dibuat di Malaysian House.

anita-yusof-3

anita-yusof-4

Selain daripada itu, Anita Yusof juga telah ditemuramah oleh Tv Internet Argentina bagi segmen Asian Info News.

Di dalam video berikut Anita turut menerangkan beberapa perkara dan persepsi yang ingin beliau ubah menerusi misi ini termasuk salah faham tentang Islam.

Sewaktu artikel ini ditulis, Anita dalam persiapan untuk meneruskan misi beliau dan akan mulai menjelajah Perancis bermula pada 1 April 2016.

Untuk pengetahuan kos perbelanjaan bagi misi yang telah turut mengharumkan nama Malaysia ini adalah daripada simpanan Anita sendiri.

Anita gagal mendapatkan nama besar untuk menaungi ekspedisi solo ride ini, seperti mana yang lazimnya menerima tajaan daripada berbagai pihak untuk kembara motosikal berskala besar seumpamanya.

Anda boleh ikuti pengembaraan Anita di Facebook Page Anita Yusof. Anda juga boleh ke Blog AnitaYusof untuk membaca pengalaman pengembaraan Anita yang lepas.

Kami di Vocket mendoakan agar Anita diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan misi solo beliau ini.

Siapakah Anita? Baca bagaimana Wanita Yang Pernah Sertai Kumpulan Rock, Kini Wanita Ini Jadi Pengembara Solo Tegar

Anda Mungkin Suka