Beberapa hari yang lalu, penduduk Mutiara Damansara dikejutkan dengan misteri ayam gergasi yang secara tiba-tiba keluar secara rawak melalui pintu utama Tesco cawangan Mutiara Damansara. Apa yang lebih menghairankan bilamana ayam-ayam ini mula melintas jalan serta membuat chicken dance sebaik sahaja keluar daripada Tesco.

Difahamkan misteri ayam gergasi ini merupakan salah satu teknik kreatif Tesco dalam mempromosikan ayam yang dijual mereka. Teknik pemasaran ini juga dilakukan sebagai langkah Tesco dalam mengumumkan ayam yang ditawarkan mereka disahkan Halal dan segar. Seiring dengan tagline Tesco iaitu ‘everyday low price’ kini ayam segar Tesco sedia untuk dimiliki dengan harga serendah RM5.99/kg sahaja.

1

Selain itu, Tesco juga kini sedang mengadakan sebuah peraduan khas buat anda semua sempena hari kemerdakaan ini. Cara-cara untuk menyertai peraduan ini sangat mudah. Apa yang perlu anda lakukan adalah kongsikan resipi masakan menggunakan ayam dengan cara yang paling kreatif. Ya, semudah itu sahaja.

Lima jawapan paling kreatif bakal berpeluang untuk mendapat baucer bernilai RM50 daripada Tesco Online. Apa tunggu lagi, dapatkan petua atau resipi masakan ayam terbaik dan kreatif yang pernah anda tahu dan kongsikan kepada kami. Mungkin ini peluang anda untuk mendapat ‘duit raya’ daripada Tesco.