Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Seringkali anda lihat pameran kareta dalam pusat membeli-belah dan pastinya anda tertanya-tanya bagaimana kereta dimasukkan untuk pameran tersebut, bukan?
Sekian lama ia menjadi misteri, kini misteri tersebut telah dibongkar oleh seorang pengguna Twitter @lalaproton yang merupakan seorang konsultan jualan Proton di Kuantan.

Haaaa ingat lagi tak haritu pernah juga viral pasal orang tertanya-tanya macamana salesman bawa masuk kereta dalam mall? 😂
Kalau cukup 100RT lala akan belanja video process kitaorang masukkan kereta dalam mall! Hehe pic.twitter.com/6RbqzNEIfS
— Lala Proton Sales Consultant (@lalaproton) February 3, 2020
Menerusi perkongsian tersebut, beliau mengatakan bahawa sebenarnya tidaklah sukar untuk membawa masuk kereta pameran ke dalam sesebuah pusat membeli-belah. Sebenarnya, operasi memasukkan kareta pameran ini dilakukan pada waktu malam apabila pusat membeli belah telah ditutup dan tiada pengunjung di sana.
Untuk pengetahuan anda, kereta pameran dimasukkan melalui sama ada dari pintu utama atau pintu belakang pusat membeli-belah. Malah, beliau turut berkongsi video sepanjang proses membawa masuk kereta ke dalam pusat membeli-belah.
Ni video masa lala tengah bawa masuk kereta dalam mall. pic.twitter.com/DkFMIYUKe0
— Lala Proton Sales Consultant (@lalaproton) February 3, 2020
Berikutan itu, rata-rata netizen tampil dengan pelbagai reaksi dan mengatakan bahawa akhirnya persoalan mereka terjawab. Malah, para netizen berpuas hati dengan jawapan misteri tersebut.
@jauharinatul_ akhirnya soalan dah terjawab, macam mana kereta boleh masuk tesco 😂
— hdyu (@hidayujuhari_) February 3, 2020
Yang aku paling amazed skill driver sape yang bawa masuk kereta tu la. Memang top-notch habis 👏🏼 Ko bayangkan jarak keta dengan pintu 1-2cm, dia boleh lalu tekan minyak macam tu je tak beragak langsung. Ha dah aku bersila tepi tu tengok diorang buat keja. Keja sendiri baling tepi
— Husna (@HusnaShefee) February 3, 2020
Ok persoalan sudah terjawab. Dulu ada org cakap dia pasang kereta dalam mall kot 😂 siap ada jugak cakap masuk kereta ikut cermin. Aduh
— qiee way (@nazatulaqila_) February 4, 2020
Akhirnya persoalan ramai orang sudah terjawab. Adakah anda masih lagi ada pertanyaan yang masih tidak terjawab dalam minda anda?
Sebelum ini, tular fungsi sebenar ‘interkom’ di plaza tol. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Tular Fungsi Sebenar ‘Intercom’ Di Plaza Tol, Netizen Dakwa Sebaliknya
Lihat ‘Misteri’ Lukisan Mural Menghiasi Kampung Baru Mambau, Seremban
Kisah Misteri Di Sebalik Nota Minta Uruskan Rangka Dalam Rumah Sewa Lama