Seringkali anda lihat pameran kareta dalam pusat membeli-belah dan pastinya anda tertanya-tanya bagaimana kereta dimasukkan untuk pameran tersebut, bukan?

Sekian lama ia menjadi misteri, kini misteri tersebut telah dibongkar oleh seorang pengguna Twitter @lalaproton yang merupakan seorang konsultan jualan Proton di Kuantan.

Daiichi First 7 Plus Car Seat – Copy
HYPE
Kerusi Kereta Bayi Daiichi Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Terbaik Pilihan Ibu Bapa
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, beliau mengatakan bahawa sebenarnya tidaklah sukar untuk membawa masuk kereta pameran ke dalam sesebuah pusat membeli-belah. Sebenarnya, operasi memasukkan kareta pameran ini dilakukan pada waktu malam apabila pusat membeli belah telah ditutup dan tiada pengunjung di sana.

Untuk pengetahuan anda, kereta pameran dimasukkan melalui sama ada dari pintu utama atau pintu belakang pusat membeli-belah. Malah, beliau turut berkongsi video sepanjang proses membawa masuk kereta ke dalam pusat membeli-belah.

Berikutan itu, rata-rata netizen tampil dengan pelbagai reaksi dan mengatakan bahawa akhirnya persoalan mereka terjawab. Malah, para netizen berpuas hati dengan jawapan misteri tersebut.

Akhirnya persoalan ramai orang sudah terjawab. Adakah anda masih lagi ada pertanyaan yang masih tidak terjawab dalam minda anda?

Sebelum ini, tular fungsi sebenar ‘interkom’ di plaza tol. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Tular Fungsi Sebenar ‘Intercom’ Di Plaza Tol, Netizen Dakwa Sebaliknya

Lihat ‘Misteri’ Lukisan Mural Menghiasi Kampung Baru Mambau, Seremban

Kisah Misteri Di Sebalik Nota Minta Uruskan Rangka Dalam Rumah Sewa Lama

Anda Mungkin Suka