Jika sebelum ini menjadi perbualan warganet mengenai pengakhiran filem Misteri Dilaila yang memiliki dua pengakhiran yang berbeza, kini filem Misteri Dilaila dikatakan menciplak filem Hollywood, Vanishing Act. Ini menimbulkan kekecewaan dalam diri penonton yang telah menonton filem tersebut.

Untuk pengetahuan anda, warganet mendakwa hampir 80 peratus penceritaan Misteri Dilaila adalah sama dengan filem Vanishing Act. Apa yang menjadi kelainan adalah anjing diganti dengan kucing, paderi diganti dengan imam dan ada beberapa lagi yang mungkin anda dapat kesan dalam filem tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akan tetapi, Syafiq Yusof sebelum ini mengatakan bahawa filem Misteri Dilaila mendapat inspirasi daripada dua filem Korea Selatan berjudul The Forgotten dan Challenging. Malah, inspirasi yang beliau dapat melalui filem tersebut beliau olah menjadi gayanya.

Walaubagaimanapun, Syafiq Yusof masih belum tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan ini. Malah, Datuk Yusof Haslam yang merupakan penerbit filem tersebut meminta agar memberi ruang kepada anaknya berhubung dakwaan tersebut. Pihak Skop Production juga enggan mengeluarkan sebarang kenyatan bagi mengelakan sebarang kekeliruan dan salah faham.

https://www.youtube.com/watch?v=uLfGSv03bi8&feature=youtu.be

Bagi anda yang telah menoton filem tersebut, apakah pandangan anda? Benarkah ia memiliki kesamaan?