Whistleblowers dan wartawan di China telah dihalang daripada bercakap hal sebenar mengenai Parti Komunis China dan Presiden Xi Jinping mengenai cara mereka mengendalikan wabak coronavirus yang berasal dari Wuhan.

Mereka dilaporkan telah hilang, diam atau ditangkap selepas membuka mulut mengenai perkara sebenar yang terjadi di China akibat penularan wabak coronavirus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Profesor undang-undang China Xu Zhangrun baru-baru ini menyiarkan ulasan yang pedas mengenai cara presiden Xi Jinping dan Parti Komunis China menangani wabak koronavirus.

Kata beliau, pemimpin China dan Parti Komunis China lebih memilih untuk menutup mulut bagi menceritakan hal sebenar kepada umum. Tambah beliau lagi, cara kerajaan menapis maklumat sebenar yang keluar mengenai coronavirus telah menghalang kemampuan China untuk mengawal penyebaran wabak ini.

Xu, yang mengajar di Universiti Tsinghua Beijing, menambah: “Penyebab semua ini terletak pada Xi Jinping dan orang-orang yang mengelilinginya.”

Karangan panjang Xu yang diterbitkan dalam talian pada 10 Februari lalu walau bagaimanapun diturunkan dan Xu telah dikenakan sekatan keluar dari rumah manakala internet beliau dipotong

Kritikan Xu datang selepas tiga hari doktor Li Wenliang meninggal dunia akibat coronavirus. Li adalah individu yang bertanggungjawab menghantar mesej kepada sekumpulan alumni sekolah perubatan – memberi amaran kepada mereka tentang penyakit baru yang misteri.

Namun tindakannya di halang oleh pihak berkuasa dan beliau turut ditahan daripada bercakap hal sebenar.

Di samping Li dan Xu, wartawan dan blogger telah hilang atau ditangkap selepas berkongsi maklumat mengenai wabak media sosial.

Chen Qiushi, seorang peguam Cina dan wartawan di sana, menjadi viral di YouTube dan Twitter kerana melaporkan keadaan sebenar mengenai coronavirus.

Chen pergi ke Wuhan pada akhir bulan Januari dan memuat naik lebih daripada 100 video dari Wuhan ke Twitter dan akaun Youtubenya selama dua minggu.

Namun pada 6 Februari lalu, Chen hilang dari radar. Perkara itu diketahui umum apabila ibunya meminta pertolongan orang di Twitter dengan membuat hantaran video merayu agar mencari anaknya yang hilang.

Manakala blogger, Fang Bin juga mendapat panggilan daripada polis di Wuhan. Pihak berkuasa telah merampas laptopnya di rumah pada 1 Februari dan membawanya masuk untuk disoal siasat.

Fang memberitahu The Los Angeles Times bahawa pihak berkuasa mengarahkan beliau untuk berhenti menghantar ‘khabar angin’ yang akan ‘merebak panik’. Polis kemudian melepaskannya keesokan harinya.

Selepas pembebasannya, Fang terus menghantar video mengenai situasi sebenar hospital di  Wuhan, “Wabak ini, ia adalah bencana alam dan masalah buatan manusia,” katanya.

Pada 10 Februari lalu, beliau sekali lagi di tahan oleh polis disebabkan hantara videonya pada 9 Februari. Dia dilaporkan enggan meninggalkan rumahnya, sehingga anggota bomba terpaksa merempuh pintu rumahnya dan polis mengepung apartmen beliau.

China menghadapi cabaran yang besar untuk mengendali dan mengawal coronavirus.

Parti Komunis China bukan sahaja perlu menentang wabak yang di hadapan mereka. Tetapi juga suara-suara rakyat yang setiap hari menceritakan hal sebenar kepada masyarakat dunia.

Ia amat membimbangkan apabila rakyat biasa menyuarakan pendapat tiba-tiba hilang di tengah-tengah krisis nasional. Ada juga yang telah dibungkam daripada bercakap mengenai hal sebenar.

Apa yang misterinya mengenai wabak ini masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang.

Bagi anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai China, klik pautan di bawah.

Kerajaan Singapura Lawan Coronavirus Dengan Tarian ‘Funky’

Coronavirus Sudah Diramal Terjadi Sejak 39 Tahun Yang Lalu?