Misteri ‘kubur berdarah’ yang menggemparkan negara pada September lalu dikenal pasti merupakan cecair yang dicampur bahan seperti cat dan minyak.

Kejadian yang berlaku di sebuah kubur di Masjid Al-Irfan Derga, Alor Setar telah disiasat oleh pihak polis dan disahkan sendiri oleh Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Dia dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian berkata, pihaknya percaya kejadian itu diwujudkan segelintir individu yang disifatkan sebagai ‘nakal’ bagi menarik perhatian orang ramai.

Screenshot 2020-11-05 at 4.20.38 PM

“Hasil siasatan dan kajian saintifik yang telah dilakukan oleh pihak kami mendapati warna yang dikatakan darah itu sebenarnya adalah cecair yang dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu seperti minyak dan cat.

“Jika dilihat cecair itu memang macam darah tetapi bukan sebenarnya. Kubur itu masih baharu dan kebetulan ada lekuk, mudah untuk mereka letakkan benda itu (cecair merah),” katanya.

Terdahulu, pihak The Vocket melaporkan sebuah video berdurasi 19 saat tular di media sosial mendakwa kejadian ‘kubur berdarah’ di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al-Irfan, Derga.

Terdahulu, kejadian misteri di Kedah, penduduk terkejut kubur di Alor Setar mendap dan berdarah. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kejadian Misteri Di Kedah, Penduduk Terkejut Kubur Di Alor Setar Mendap Dan ‘Berdarah’

Anda Mungkin Suka