Ribuan kubur Islam abad pertengahan di Sudan timur mempunyai corak yang lain daripada yang lain. Ia disusun dengan corak yang tidak sekata dan bertompok-tompok. Menurut ahli arkeologi, makam ini seolah-olah disusun dengan corak seperti koleksi beberapa galaksi. Makam yang terletak di wilayah Kassala di Sudan timur ini merangkumi 10,000 monumen. Para penyelidik menggunakan satelit untuk mengenal pasti lokasi monumen-monumen terbabit yang dipercayai dibuat dari batu dan mempunyai ketinggian yang sederhana.

Dalam kertas kajian terbabit, Stefano Castanzo, pengarang utama kajian dan seorang pelajar kedoktoran dalam bidang arkeologi di University of Naples L’Orientale di Itali menyatakan bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk menafsir data kerana terdapat beberapa monumen yang telah digali sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Science Alert, Contanzo dan anggota pasukannya menggunakan teknik pemodelan statistik yang dapat membantu mereka mengesan corak makam Islam. Pada akhirnya, mereka memutuskan untuk menggunakan cara yang disebut proses Neyman-Scott, yang banyak digunakan untuk mempelajari corak bintang dan galaksi. Apa yang mereka tahu, tiada lagi ahli arkeologi yang menggunakan teknik ini.

8GxfNcoNgYeqZkXSTQSDHX-970-801
Science Alert

Melalui teknik ini, para penyelidik menjumpai satu corak di mana makam Islam abad pertengahan ini disusun mengelilingi makam ‘ibu’ yang menjadi pusat kepada pengebumian berikutnya. Makam ‘ibu’ ini menjadi pusat kepada makam-makam yang lain adalah kerana ia didorong oleh kesucian lokasi dan tahap sosial masyarakat.

Kajian mendalam akan dilakukan oleh para penyelidik bagi mengenal pasti lokasi tepat makam ‘ibu’. Penyelidik juga merancang untuk mengkaji lebih dalam mengenai siapakah yang dimakamkan di kuburan ‘ibu’ dan apa yang membuatkan dia terlalu istimewa sehingga menjadi pusat kepada makam lain untuk dikubur mengelilinginya.

Untuk rekod, kaedah yang digunakan oleh Castanzo mendapat perhatian para arkeologi yang lain. Kata Derek Welsby, penolong penjaga di Muzium Britain yang telah melakukan penyelidikan arkeologi yang luas di Sudan mengatakan bahawa kaedah yang digunakan Castanzo adalah satu kaedah yang menarik bagi mengkaji sesuatu struktur yang tersebar di satu kawasan yang luas.

Ilmuwan rasa seram sejuk selepas jumpa tongkat ular milik bomoh berusia 4,400 tahun lalu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ilmuwan Rasa Seram Sejuk Selepas Jumpa Tongkat Ular Milik Bomoh Berusia 4,400 Tahun Lalu

Ini Rahsia Mengapa Air Zamzam Tidak Pernah Kering Selama 40 Abad

Lihat Bagaimana Saintis Berjaya Hidupkan Semula Nebiri, Mumia Mesir Kuno Berusia 3,500 Tahun