Drama yang bermain dengan emosi, The Penthouse telah melabuhkan tirainya semalam. Adakah anda berpuas hati dengan episod akhir The Penthouse musim pertama ini?

‘Trending’ di Twitter apabila ramai tidak berpuas hati dengan ‘plot twist’ pada dua episod akhir. Mana tidaknya, watak wanita utama Soo Ryeon mati dibunuh dan persoalan pembunuhan Seol A masih belum terjawab.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rata-rata netizen sudah tidak sabar untuk menonton The Penthouse musim kedua dan pelbagai spekulasi akan plot drama pada musim baru telah dikongsikan. Ramai yang beranggapan bahawa climax drama ini sebenarnya pada musim kedua.

Bagi anda yang tidak mengikuti drama ini, The Penthouse merupakan drama mengenai dunia kelas atasan dan juga balas dendam disebabkan pembunuhan Seol A. Penuh dengan babak tidak disangka, pastinya ini drama yang berkualiti untuk ditonton anda. Apakah yang anda harapkan pada musim kedua nanti?

Kami kongsikan beberapa artikel berkaitan drama The Penthouse ini pada pautan di bawah.

Selepas World Of Married, Drama The Penthouse Pula ‘Trending’ Di Malaysia Dan Ini Sebabnya

Park Eun Seok Curi Tumpuan Netizen Dengan Bawa Dua Watak Berbeza Dalam Drama The Penthouse