Baru-baru ini, Sabah dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat dan disusuli dengan gegaran selama lima saat. Kejadian ini sekaligus menjadi tanda tanya buat penduduk di sana.

Kebanyakan daripada mereka mula berteka-teki, adakah gegaran ini adalah sebahagian daripada gempa bumi atau ada letupan besar yang terjadi di sekitar Sabah sehingga penduduk di Tuaran dan Kota Kinabalu merasa gegarannya.

Sebahagian daripada netizen di media sosial mula mencetuskan spekulasi, ada sebahagian daripada mereka turut berkongsi video dan gambar. Manakala sebahagian pula menyatakan ternampak cahaya terang meluncur laju di langit Sabah.

Melalui satu laporan terbaharu yang dikeluarkan oleh Air Times, media di Brunei. Misteri bunyi letupan di langit sehingga menyebabkan gegaran di Sabah, Brunei dan Utara Sarawak itu sebenarnya berpunca daripada Meteor, lapor Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD).

PABD mengatakan bahawa mereka mengesan meteor atau tahi bintang di ruang udara Brunei pada pukul 11 pagi. Sebahagian saksi pula menyatakan bahawa ia menghasilkan bunyi kuat dan kelihatan asap.

Manakala Pusat Kajigempa Kebangsaan Brunei mengatakan bahawa gegaran turut dikesan oleh salah satu stesen seismik milik mereka di beberapa kawasan yang terlibat.

“Gegaran dirasai pada pukul 11.03 pagi dan jelas bukan berpunca dari gempa bumi di Brunei serta negara jiran. Gegaran turut dirasai di beberapa lokasi di Brunei,” kata kenyataan itu.

Suntik semangat dan anggap kerja satu ibadah, laungan azan iringi petugas kesihatan Kelantan ke Sabah. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Suntik Semangat Dan Anggap Kerja Satu Ibadah, Laungan Azan Iringi Petugas Kesihatan Kelantan Ke Sabah

Pelajar Di Sabah Dilaporkan Cedera Selepas Jambatan Gantung Runtuh Ketika Cari Capaian Internet