Penyanyi rap Aaron Carter dilaporkan meninggal dunia pada usia 34 tahun dan kematiannya telah disahkan oleh wakil keluarga. Aaron merupakan adik kepada ahli kumpulan terkenal Backstreet Boys, Nick Carter, 42.

Aaron ditemui mati di dalam bilik mandi di kediamannya di Lancaster, California pada pagi Sabtu dan punca kematian masih disiasat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Polis daerah Los Angeles tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 11 pagi selepas menerima laporan seorang lelaki ditemui lemas di dalam tab mandi.

Ketika peminat dan rakan selebriti mengucapkan takziah buat keluarga Aaron, perkongsian terakhir Aaron di Twitter turut mendapat perhatian ramai. Pada 4 November, Aaron menulis bahawa beliau mahu bertemu artis yang kini sedang dilanda kontroversi, Ye atau Kanye West.

Perkongsian itu mengajak Kanye bertemunya dan ‘jemputan’ itu adalah perkongsian terakhir Aaron sebelum beliau ditemui mati sehari kemudian.

“Yo Kanye, jom berbicara.. antara lelaki dengan lelaki,” tulisnya. Walaupun perkongsian itu dilihat hanya sebagai kebetulan, penyanyi itu sebelum ini pernah lantang bersuara tentang perangai Kanye di media sosial. Serangan Kanye terhadap komuniti Yahudi membuatkan Aaron marah dan sebelum ini memang berniat untuk bertemu penyanyi itu.

https://twitter.com/Charlie56768595/status/1589072578693722115

Dari sudut pandang peminat setia Aaron, rata-rata mereka beranggapan mengaitkan kematian Aaron dengan Kanye hanya satu konspirasi jika tiada bukti kukuh. Kanye juga masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap dakwaan tidak berasas tersebut.

Aaron sebelum ini mengaku dirinya mempunyai masalah kesihatan mental dan depresi. Pada tahun 2019, Aaron dalam salah satu temu bual pernah berkongsi kisah perjalanan hidup beliau melawan pelbagai masalah mental antaranya kecelaruan identiti (multiple personality disorder), anxiety dan skizofrenia.