Kalau sebut berkenaan model Evo pasti ramai yang tahu kerana model Evo ini sangat popular di kalangan peminat kereta di Malaysia. Kalau tak pandu Mitsubishi Evo yang original pun, mereka pandu Proton Wira convert Evo. Dapat pandu kereta yang hampir sama dengan model Evo sebenar pun jadilah.

Tahun lalu, Mitsubishi menamatkan siri model Evo ini dengan melancarkan model terakhirnya, Lancer Evolution X. Namun, nampaknya Mitsu mempunyai pelan lain untuk branding nama Evolution ini. Lebih mengejutkan apabila model untuk siri Evo terbaru ini tidak lagi dalam bentuk ikonik sedan tetapi rekaan SUV Coupe.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dan jika dilihat dari gambar teaser yang dikongsi oleh pihak Mitsubishi, ada huruf ‘e’ di hadapan perkataan Evo. Kalau ada huruf kecil e ini, biasanya kereta akan jadi Eco-friendly. Jadi, adakah model ini nanti tidak lagi memfokuskan kepada kelajuan? e-Evolution Concept ini akan dipamerkan kepada umum pada Tokyo Motor Show bulan hadapan. Jadi sama-sama kita tunggu dan lihat rupa kereta model e-Evolution ini.