Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia dimana beberapa model keluaran Proton bakal menjadi pilihan untuk dimodifikasi atau convert menjadi sebuah jentera keluaran Mitsubishi. Hal ini berikutan beberapa model Proton ini berkongsi chasis yang sama seperti jenama dari negara Jepun ini.

Walau bagaimanapun, lain ceritanya di Puerto Rico dimana seorang pemuda ini yang merupakan pemilik Mitsubishi Lancer memilih untuk modifikasikan keretanya untuk kelihatan seperti Proton Inspira.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

104047619_10157030463267175_3386722609480838438_o

Kegigihan beliau untuk mencari bumper hadapan Proton Inspira beserta logo sekaligus membuatkan perkongsian beliau di Facebook tular di kalangan netizen di Malaysia. Berikut antara komen daripada netizen Malaysia atas hasil usaha pemuda bernama Mike Rivera dari Puerto Rico ini.

Screen Shot 2020-06-22 at 4.17.35 PM

Sumber: facebook mike rivera

Screen Shot 2020-06-22 at 4.17.28 PM

Sumber: facebook mike rivera

Semestinya sebuah pandangan yang rare di Puerto Rico apabila pemuda ini dengan bangganya menggunakan logo Proton pada keretanya. Situasi yang sangat berbeza berbanding segelintir pemilik kereta di Malaysia yang memilih untuk menggunakan logo Mitsubishi pada model keluaran Proton.

Ketahui juga mengapa model Honda Civic ini menjadi kegilaan di Amerika Syarikat serta sanggup dibida dengan harga sehingga RM213,525. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Dianggap ‘Rare’, Honda Civic Ini Telah Dijual Dengan Harga RM213,525

Honda Malaysia Turunkan Harga Kereta Sehingga RM9,502.47

 

Anda Mungkin Suka