Generasi ke-10 Mitsubishi Lancer Evolution telah dijual di pasaran Jepun sejak 2007, dan di U.S. sejak awal 2008. Mengikut standard industri automotif itu satu tempoh yang lama tanpa perkenalan model baru. Peminat peminat Evo ternanti nanti Evo 11 tapi sayangnya, Mitsubishi mahu menamatkan lagenda ini dengan menghasilkan Lancer Evolution Final Edition, versi akhir yang hanya akan dihasilkan 1,000 unit.

Menggunakan platform Evo GSR, Evolution Final Edition ini hanya didatangkan dalam edisi transmisi 5-kelajuan manual dengan tempat duduk kulit hitam Recaro dengan kemasan sulaman benang berwarna merah, rim BBS 18 inci, suspension Bilstein dan Eibach dan brek Brembo bersama sama lencana “Final Edition” pada beberapa bahagian kereta ini.

Mitsubishi tidak mendedahkan mendedahkan beberapa banyak kuasa yang dihasilkan oleh kereta ini. Syarikat itu hanya mendedahkan Final Edition dikuasakan dengan enjin turbo MIVEC 2.0 liter yang dipadankan dengan sodium-filled exhaust valves. Pemerhati mengatakan kombo ini cukup untuk menghasilkan output 300 hp tapi masih tidak mampu melawan output 473 hp Evo X Concept pada pertunjukkan kereta di Tokyo Disember lalu.

landscape-1429019773-m4

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram