Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan sebanyak enam model kereta keluarannya terlibat dengan panggilan semula dan pihak MMM akan mengeluarkan surat maklumat bagi pemilik kenderaan yang terlibat.

Model yang terjejas adalah Outlander, ASX, Lancer, Lancer Sportback dan Lancer Evolution yang dianggarkan secara keseluruhan berjumlah 21,133 unit yang terjejas di seluruh negara. Panggilan semula ini disebabkan 6 masalah iaitu brek parkir belakang, wiper link ball joint hadapan, engine auto tensioner, perisian ASC ECU, kaca bumbung matahari, dan  inflator beg udara penumpang.

maxresdefault
Sumber: Roda Pusing

Model untuk pembaikan brek parking belakang adalah Outlander (2016) dan ASX (2013, 2015, 2017). Pemeteraian yang tidak sempurna bagi brek parkir tersebut mungkin boleh mengakibatkan daya brek perkir berkurangan. Seterusnya, bagi penggantian wiper link ball joint hadapan bagi model ASX (2011-2013) adalah untuk mengelakkan komponen terbabit terhakis disebabkan kelembapan yang berterusan kerana dimasuki air.

Manakala bagi engine auto tensioner yang melibatkan model ASX (2011-2012), Lancer (2008 – 2012) dan Lancer Sportback (2011-2012) perlu ditukar kerana bahagian flange pada auto tensioner akan rosak jika enjin digunakan dalam pemanduan kelajuan yang tinggi. Selain itu, perisian yang kurang sempurna bagi ASC ECU untuk Outlander (2017) boleh menjejaskan kestabiliti pemanduan kenderaan.

HrQRpOs9-000-1519617685BLms
Sumber: MyMotor

Malah, bagi model Lancer Evo (2009), penggantian kaca bumbung matahari disebabkan kaca bumbung matahari itu boleh terkeluar dari bingkai luarannya. Bagi model Lancer (2004-2007), penggantian bagi inflator beg udara penumpang adalah penting kerana ia mampu menyebabkan kecederaan mahu pun kematian disebabkan beg udara terkeluar sendiri.

Bagi semua panggilan semula di atas, pelanggan yang terlibat diminta untuk membuat temujanji dengan mana-mana pusat servis Mitsubishi yang bertauliah dan semua kos penggantian akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tersebut.