Terasa kecewa apabila penemuduga dengan mudahnya buat diri anda mental breakdown hanya dengan soalan yang remeh? Sudah menjadi kebiasaan untuk penemuduga untuk buat mental anda koyak supaya mereka dapat lihat bagaimana anda mengawal tekanan yang mereka berikan.

Adakah anda bakal tempuhi cabaran temuduga lagi dalam masa terdekat? Jika ya, di sini kami ingin kongsi beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk tingkatkan keyakinan diri sebelum anda bertemu para penemuduga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Warna pakaian main peranan tonjolkan imej diri

Sebenarnya setiap warna pemakaian cerminkan tanggapan yang berbeza. Jadi mari kita lihat Apa maksud warna baju untuk setiap warna yang anda pilih sebelum proses temuduga.

Coklat : Anda seorang yang berkaliber dan boleh diharap.
Merah: Simbol kekuatan.
Biru : Team player.
Hitam : Anda ingin tonjol bakat kepimpinan dalam diri.
Kelabu : Bersikap logik dan sentiasa ingin tahu.
Putih : Kemas dan tak serabut.

Sudah nampak warna pilihan anda? Kalau ya, cuba pakai untuk proses temuduga yang akan datang.

2. Beri jawapan selari dengan umur penemuduga

Cara menjawab pun dah boleh pengaruh tanggapan penemuduga terhadap anda, jadi janganlah suka hati sembur jawapan. Perhatikan saja lingkungan umur mereka :

Generasi Y (20an – 30an) : Tekankan keupayaan multitask dan bawa sample kerja-kerja lama.
Generasi X (30an – 50an) : Fokus pada tahap kreativiti dan kepentingan work-life balance dalam mempengaruhi prestasi kerja.
Baby Boomer (50an dan 70an) : Anda perlu buktikan bahawa diri rajin berusaha dan hormati pencapaian mereka terhadap syarikat.
Silent Generation (70an dan 90an) : Tonjolkan kesetiaan dan komitmen terhadap kerjaya sebelum ini.

3. Tiada salahnya kalau beri pujian pada syarikat tanpa perlu ‘try hard’

Sudah terbukti melalui kajian daripada University of Washington dan the University of Florida bahawa calon pekerja yang cuba promote diri dengan dengan gaya selamba mempunyai potensi tinggi untuk diambil kerja. Jadi, penting untuk anda kaji dahulu syarikat yang ingin ambil anda bekerja supaya anda tahu di mana anda perlu puji bakal majikan anda itu nanti. Tak salah untuk anda beri kredit kepada bakal majikan anda, cuma jangan berlebihan. Nanti nampak macam anda terlalu desperate pula.

4. Tenang ketika perjelaskan kelemahan diri

Soalan yang paling digeruni setiap job seeker – “What’s your greatest weakness?” Waktu inilah bermacam-macam jawapan yang akan muncul. Rata-rata semuanya klise di telinga sesiapa pun.

Hati-hati kerana melalui soalan saja, penemuduga mampu mengagak kejujuran diri anda. Kurangkan keraguan penemuduga, jawab saja soalan secara santai dan sempoi. Tambah juga dengan berkata kelemahan anda itu boleh dibaiki di masa akan datang.

Semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada anda sewaktu proses temuduga nanti. Selamat berjaya!

P/S: Buat anda yang mempunyai pengetahuan dalam bidang design and multimedia, Sotong Potong Studio sedang mencari animator. Anda boleh tekan di sini untuk membuat permohonan.