Sekiranya anda berpendapat isu scam iPhone hanya berlaku di dalam negara, anda mungkin silap kerana keluarga Pablo Escobar turut menjalankan ‘perniagaan’ yang hampir sama.

Menerusi scam yang dijalankan menerusi keluarga Pablo Escobar, syarikat mereka menerusi laman web RIP Apple bakal menawarkan iPhone 11 Pro 256GB dengan beserta salutan emas 24K dengan harga yang tidak masuk akal iaitu serendah $499 (RM2,143.70).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screen-Shot-2020-05-28-at-4.31.14-PM
Sumber: RIP Apple

Meskipun ditawarkan dengan harga yang meragukan, laman web syarikat ini yang tampak profesional dengan beserta video pengiklanan yang dijalankan sekaligus membuatkan orang ramai terjerat.

Dalam usaha untuk menjernihkan keadaan serta mengelakkan daripada orang ramai menjadi mangsa penipuan keluarga Pablo Escobar, MKBHD tampil jujur menceritakan perkara sebenar buat para penonton.

Menurut MKBHD selaku tech YouTuber terkenal, mereka yang membuat tempahan pada laman web ini bakal kehilangan wang kerana syarikat ini tidak akan menghantar iPhone 11 Pro 256GB seperti yang dijanjikan sebaliknya sekadar menipu wang pengguna.

11PRO
Sumber: Escobar Inc

Walau bagaimanapun, di sebalik modus operandi scam yang dijalankan, syarikat ini turut aktif menjalankan pemasaran dengan menghantar iPhone 11 Pro 256GB yang disalut dengan ’emas’ kepada para YouTuber termasuk beliau sendiri dengan harapan mereka membuat video sekaligus memberi pemasaran buat syarikat ini.

Bukan itu sahaja, dikatakan Escobar Inc turut memasarkan iPhone 11 Pro 256GB versi refurbish atau pernah dibaiki dalam usaha untuk mengurangkan kos.

mkbhd iphone pablo escobar scam_3
Sumber: YouTube MKBHD
mkbhd iphone pablo escobar scam_2
Sumber: YouTube MKBHD

Salutan emas 24K seperti yang dijanjikan pula nampaknya bukanlah emas tulen sebaliknya hanyalah sekadar salutan berwarna emas. Perkara ini berjaya dibuktikan selepas MKBHD cuba menoreh bahagian belakang iPhone 11 Pro keluaran Escobar Inc dan didapati mudah calar.

Berdasarkan penjelasan daripada MKBHD, orang ramai diminta berhati-hati bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa scam iPhone keluarga Pablo Escobar. Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai modus operandi scam iPhone daripada Escobar Inc.

Dalam pada itu, abang Pablo Escobar iaitu Roberto Escobar telah memenangi tuntutan saman terhadap Apple selepas mendakwa hampir dibunuh oleh iPhone X. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Dakwa Hampir ‘Dibunuh’ Oleh iPhone, Abang Pablo Escobar Saman Apple RM11.33 Bilion

Hampir Pasti, Inilah Rekaan Dan Spesifikasi Yang Bakal Ditawarkan iPhone 12 Pro

Sumber