Mungkin ramai daripada peminat tech mengenali MKBHD sebagai gadget reviewer. Bermula tahun lepas, beliau nampaknya mula perlahan-perlahan membuat review mengenai kereta elektrik serta jenama kenderaan kegemarannya iaitu Tesla. Sebagai pengguna serta reviewer terkenal, beliau turut menerima jemputan khas daripada Tesla untuk membuat ulasan mengenai pengalaman beliau memandu model terbaru jenama inovatif ini.