AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia bagi 7 tahun berturut-turut, baru-baru ini telah melancarkan aplikasi mudah alih serba baru  yang menawarkan ciri inovatif, fungsi yang lebih pantas dan rekaan luaran aplikasi yang lebih baik bagi memberi para tetamu pengalaman penerbangan yang lebih menarik serta mudah dengan AirAsia.

airasia-app-1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aplikasi mudah alih AirAsia versi terbaru ini juga telah menerima pencalonan di Anugerah berprestij World Travel Awards dalam kategori ‘World’s Leading Low-Cost Airline App’.

Siegtraund Teh, Ketua Komersial Kumpulan AirAsia berkata,

“Kami sentiasa melabur dalam teknologi dan inovasi bagi membuatkan pengalaman penerbangan lebih mudah dan seronok bagi para tetamu kami. Aplikasi serba baru ini menawarkan tetamu kami semua yang mereka perlukan di hujung jari mereka.

Lebih dari 9 juta muat turut bagi aplikasi mudah alih ini telah diterima bagi kedua platform iOS dan Android, dan kami berharap lebih ramai akan menerokai kemudahan yang tersedia dengan memuat turun aplikasi mudah alih ini.”

Versi yang ditambah baik ini tersedia di kedua platform iOS dan Android serta menawarkan ciri terbaru, fungsi yang lebih pantas, rekaan luaran yang lebih baik dengan 11 bahasa.

Antara ciri terbaru aplikasi mudah alih AirAsia adalah ciri:

  1. ‘Tambah ke kalendar’, yang secara automatik menyambungkan jadual penerbangan dengan kalendar pengguna

2. Proses tempahan yang lebih cepat dan mudah

3. Daftar masuk mudah alih dan ‘urus tempahan saya’ yang membolehkan tetamu menambah tambahan lain ke dalam tempahan penerbangan mereka dengan mudah.

AirAsia-Mobile-App-2

Selain dari itu, tetamu boleh juga menyemak status penerbangan, mendapatkan e-boarding pass (tersedia bagi penerbangan dan di lapangan terbang tertentu), serta menyemak tawaran terkini penginapan dengan mudah.

11 bahasa tersedia bagi aplikasi ini adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia, Bahasa Cina Tradisional (Taiwan & Hong Kong), Bahasa Cina mudah (China), Bahasa Thai, Bahasa Korea, Bahasa Jepun, Bahasa Vietnam dan Bahasa Arab.

AirAsia mula memperkenalkan aplikasi mudah alih pada tahun 2010 dan merupakan antara syarikat penrbangan yang pertama di rantau ini yang tampil dengan aplikasi mudah alihnya sendiri.

AirAsia sentiasa meneraju kejayaan implementasi teknologi lain seperti tempahan online, daftar masuk sendiri melalui web, kiosk dan mudah alih, self-tagging serta self-bag drop.

Untuk kemas kini terkini mengenai berita, promosi , aktiviti dan peraduan di AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook.

Baca lagi:  AirAsia Bukan Sahaja Sebuah Syarikat Penerbangan, Tapi Juga Adalah Syarikat Internet

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram