Kereta jenama Jaguar mungkin kurang dikenali tetapi syarikat kereta dari British ini kembali dalam perhatian peminat kereta dengan model baru ini, 2017 Jaguar F-Type SVR yang merupakan kereta terpantas syarikat itu buat masa ini.

Model SVR serba baru ini akan membuat penampilan sulung di 2016 Geneva Motor Show. Dengan bantuan team Jaguar Land Rover Special Vehicle Operations, kereta ini dilengkapi dengan enjin 5-0 liter V8 turbo, mempunyai 575 kuasa kuda dan dapat memecut dari 0-100KM dengan masa hanya 3.5 saat. Owh ya, top speed untuk kereta ini adalah sekitar 321km/j.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Harga pasaran untuk kereta ini dijangkakan sekitar USD124,000 (lebih kurang RM517 ribu). Kalau anda dah jemu dengan Ferrari atau Lamborghini anda, apa kata tukar selera dengan kereta power ini pula. Boleh bawa pergi ke Mydin.

2017-jaguar-f-type-svr-2

2017-jaguar-f-type-svr-3

Sumber