Tesla memperkenalkan ‘Model 3’, model terbaru syarikat itu kepada dunia semalam. CEO Tesla, Elon Musk menyatakan bahawa beliau mahu melancarkan kereta elektrik dengan harga mampu milik selain model kereta high-end yang dikeluarkan syarikat itu sebelum ini.

Berapa harga untuk kereta ini? Ia akan dijual pada harga USD35 ribu (Lebih kurang RM136 ribu) dan nampaknya, dengan harga itu memang mampu dimiliki oleh orang ramai. Sebagai perbandingan, Tesla Model S adalah dalam lingkungan harga USD70 ribu.

Screen-Shot-2018-01-08-at-6.49.39-PM
HYPE
Bertekak Gara-Gara Nak Beli Rumah Kedua, Apa Kena Pula Awal & Scha Ni?
Baca lagi →

Elon Musk juga berkata ada tambahan baru akan dibuat untuk kereta ini yang dijanga siap pada tahun 2017. Untuk menunjukkan bagaimana orang sangat mahukan kereta ini, sudah terdapat lebih 130,000 pre-orders telah dibuat sebelum kereta ini dilancarkan. Hebat Penangan Model 3 ini.

Menarik tentang kereta ini ialah bumbung kereta ini diperbuat dari kaca. Jadi dari depan hingga ke belakang, akan diperbuat dari cermin kaca. Dan seperti Model S, bahagian depan dan belakang kereta ini adalah ruang untuk simpanan barang. Anda boleh simpan banyak barang dalam kereta ini. “Lebih ruang cargo untuk barangan anda berbanding kereta gasolin yang lain,” kata Musk.

Nampaknya Tesla kini memberi saingan kepada kereta jenama lain yang dalam lingkungan harga tersebut. Harganya sangat berbaloi untuk sebuah kereta elektrik. Jika anda sudah lama mengidam kereta ini, boleh cuba nasib untuk menempah secara online kereta ini di sini. Selamat berjaya!

red_1.0

silver_1.0

silver_2.0

silver_3.0

  • SUMBER
  • HB

Anda Mungkin Suka