Sejak Apple mengambil keputusan untuk melancarkan model iPhone 7 tanpa headphone jack, jenama ini sering mendapat kecaman dan troll daripada orang ramai yang merasakan langkah mereka seakan salah.

Walaubagaimanapun, trend ini semakin menjadi ikutan jenama-jenama lain beberapa bulan pelancaran Apple iPhone 7. Buat mereka yang jarang mendengar lagu sewaktu mengecas iPhone, masalah ini bukanlah perkara yang besar meskipun agak melecehkan memandangkan Apple telah menyediakan adapter Lightning kepada headphone jack buat para pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

3830198_Lightning_3.5mm_adapter_iphone_7_tinhte.vn-3-780×521

Dalam pada itu, nampaknya penawaran ini nampaknya bakal ditamatkan pada model terbaru iPhone pada tahun ini. Tidak menyediakan adapter ini sekaligus membolehkan Apple menjimatkan kos serta bertepatan dengan trend kini yang lebih menjurus kepada earphone dan headphone tanpa wayar.

Buat anda yang masih lagi menggunakan earphone berwayar dan mahu menyambungkan kepada model terbaru Apple iPhone yang bakal dilancarkan pada tahun ini, anda boleh mendapatkan adapter dimana aksesori ini bakal dijual secara berasingan pada harga RM46.

Sumber