Apple iPhone X mungkin baru sahaja dilancarkan di beberapa negara terawal dan bakal dijual di Malaysia pada 24 November ini, namun ura-ura bagi model terbaru Apple iPhone yang bakal dikeluarkan pada tahun hadapan telahpun tiba.

Menurut laporan daripada KGI Securities, Apple sekali lagi berminat untuk mengeluarkan tiga model iPhone secara serentak pada tahun hadapan. Memandangkan skrin bezelless merupakan trend pada ketika ini, kemungkinan besar model yang bakal dikeluarkan selepas ini bakal mengikuti trend yang sama seperti iPhone X.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

iphone 2018

Dikatakan model Plus bagi iPhone terbaru bakal hadir dengan skrin bersaiz 6.5-inci manakala sebuah lagi model dikeluarkan dengan saiz skrin 5.8-inci dimana kedua-duanya menggunakan skrin paparan OLED.

Sebuah lagi model yang dikeluarkan dikatakan bakal diumumkan dengan harga yang lebih rendah dimana harga permulaan sekitar $649 USD (~RM2,719.12). Difahamkan harga rendah yang diumumkan ini berikutan Apple memilih untuk menggunakan paparan LCD dengan saiz skrin 6.1-inci.

Sejauh manakah ura-ura ini dapat dipercayai?

iPhone X

Jika anda lihat semula apa yang disebutkan pihak Apple sewaktu pelancaran Apple iPhone X, syarikat ini memberi bayangan dimana model ini bakal mencorak model iPhone pada masa hadapan.

Kemungkinan ada benarnya ura-ura yang dikeluarkan KGI Securities ini setelah berjaya memberi laporan awal mengenai iPhone X lama sebelum Apple mengumumnya secara rasmi.

Sekiranya anda berpendapat notch yang tersedia di bahagian atas skrin iPhone menganggu anda, jangan risau ini aplikasi yang boleh anda cuba.