Jam tangan jenama Casio telah menjadi ikutan dunia sejak ia dilahirkan lagi, terbaharu, mereka hadir kembali dengan edisi khas yang disalutkan titanium.
Dihasilkan dengan warna asal, GMW-B5000TB hadir dengan sedikit kelainan apabila semua komponen luaran telah ditukar dengan titanium bagi meningkatkan lagi keselesaan para pengguna.
Jam tangan ini turut hadir dengan fungsi untuk mengetatkan badan jam, bingkai hitam yang menawan dan garisan emas sebagai penghormatan kepada G-Shock.
Salutan karbon seperti berlian juga diletakkan di luar berfungsi sebagai tahan calar, manakala kaca yang menutup bahagian dalam jam dibuat daripada nilam.
Paparan STN-LCD digunakan untuk sudut tontonan unggul untuk meningkatkan kebolehbacaan. Jam tangan juga dilengkapi dengan teknologi yang menghubungkannya dengan telefon pintar.
GMW-B5000TB hadir dengan harga RM5,999 dan boleh dibeli di mana-mana kedai G-Shock.
Sebelum ini, G-Shock ada mengeluarkan jam edisi khas sempena Tahun Baharu Cina. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
G-SHOCK Raikan Tahun Baharu Cina Dengan Jam Edisi Khas Bertemakan Tahun Tikus
G-SHOCK Hadir Dengan Tiga Sentuhan Warna Berbeza Pada Model Skeleton Series
Asus Dan Casio Hadir Dengan Model G-Shock ‘ROG’ Edisi Terhad