Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan model terbaharunya Yamaha 135LC Fi yang turut dikenali ramai sebagai ‘V8’ khusus untuk pasaran Malaysia.

Model ini kini dikuasakan dengan enjin sistem suntikan bahan api elektronik 135cc SOCH dengan penyejukan cecair yang menjana 12.5hp pada 8,000rpm dan 12.2Nm pada 6,000rpm. Sistem pembakaran juga lebih efisien dengan bantuan suntikan bahan api (fuel injection) berbanding penggunaan karburetor sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara beberapa penambahbaikkan lain yang ada pada motosikal ini, ia hadir dengan cakera brek tunggal depan dan belakang, sistem suspensi dikendalikan fork depan jenis ‘teleskopik’ dan lampu depan belakang LED serta lampu pilot menggunakan rekaan baharu yang nampak lebih menarik.

Sumber Gambar: Motomalaya.net
Sumber Gambar: Motomalaya.net

Motosikal ini turut dilengkapi dengan paparan ‘Speedometer Digital’ baharu yang memberikan lebih banyak maklumat tunggangan dan tangki bahan api yang lebih besar 4.6 liter yang membolehkan penunggang bergerak dengan lebih jauh.

Tiga warna menarik ditawarkan kepada pelanggan, Ruby Red, Crystal Cyan, Midnight Star dan sebuah model edisi khas Desert Storm yang disertakan bersama Bakul Premium Yamaha.

Bakul Premium Yamaha yang direka khas hanya untuk varian Edisi Khas telah dibangunkan secara eksklusif untuk penunggang Malaysia, terdiri daripada bahagian buka dan tutup untuk melindungi barangan peribadi daripada basah pada hari hujan, selain mempunyai port USB untuk mengecas peranti elektronik.

Pengarah Urusan Hong Leong Industries Bhd, Datuk Dr Jim Khor, berkata model baru yang dibangunkan secara bersama HLYM dan Yamaha Motor Co Ltd khas untuk pasaran Malaysia dijangka memenuhi keperluan peminat motosikal di negara ini.

“Model ini telah direka dan dibangunkan bukan sahaja memenuhi keperluan majoriti penunggang Malaysia untuk perjalanan harian mereka, tetapi juga terbukti menjadi kuasa besar di jalan raya,” katanya ketika pelancaran Yamaha LC135 Fi.

Harga runcit disyorkan tidak termasuk pendaftaran dan insurans RM7,798 bagi warna standard dan RM8,198 untuk Edisi Khas. Setiap pembelian akan diberikan kunci cakera brek percuma dan jaminan yang diberi adalah selama dua tahun atau 20,000 km.

Sumber Gambar: Paultan.org
Sumber Gambar: Paultan.org
Sumber Gambar: Paultan.org
Sumber Gambar: Paultan.org

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Yamaha Malaysia melancarkan 5,000 unit terhad model Y16ZR Edisi ‘DOXOU’. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Terhad 5,000 Unit, Yamaha Y16ZR Edisi ‘DOXOU’ Dilancarkan Dengan Harga RM11,688

Yamaha Y16ZR Hadir Dengan Enjin 155cc, Dijual Pada Harga RM10,888