Dua tahun lalu, Bata melancarkan kembali salah satu model ikonik mereka, Hotshot di bawah segmen ‘Bata Heritage’. Ramai yang mendambakan model ini kerana ia pernah dipakai oleh legenda muzik grunge, Kurt Cobain satu ketika dahulu.

Disebabkan Kurt Cobain, model Hotshot sold out di serata dunia pada tahun tersebut. Namun, kini anda berpeluang membeli model ini kerana Bata telah menjualnya semula secara atas talian. Lebih menarik, Bata turut menawarkan diskaun 50 peratus untuk model ini sempena 11.11!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bata hotshot cobain

Tidak terhad kepada model Black/Yellow, model kolaborasi Hotshot x Coca-Cola turut ditawarkan diskaun 50 peratus. Anda hanya pilih model mana yang berkenan di hati dan beli.

Model Hotshot ini khas dijual secara atas talian sahaja dan tidak terjual di mana-mana butik Bata di Malaysia. Jadi, anda yang terlepas untuk mendapatkan model ini beberapa tahun lalu, jangan terlepas lagi tahun ini. Anda boleh membelinya di sini.

Bercakap tentang Kurt Cobain, cardigan yang dipakainya ketika sesi Unplugged In New York dijual pada harga RM1.4 juta baru-baru ini. Anda boleh baca tentangnya lagi di bawah.

‘Cardigan’ Ikonik Milik Kurt Cobain Terjual Pada Harga RM1.4 Juta

Pandang Pertama Koleksi Bata Heritage x Coca-Cola

Bata Hasilkan Kembali Model Kasut Yang Pernah Dipakai Kurt Cobain