Bugatti merupakan sebuah jenama kereta mewah yang sentiasa menjadi tumpuan dunia setiap kali mereka mengeluarkan model baru atau edisi terhad yang mana hanya pelanggan terpilih sahaja boleh memilikinya.

Pada tahun 2019 lalu, Bugatti telah mengejutkan dunia dengan memperkenalkan sebuah model kereta ‘one-off’, Bugatti La Voiture Noire semasa acara Geneva Motor Show berlangsung. Dikhabarkan model kereta tersebut merupakan kereta yang termahal di dalam sejarah dunia ketika waktu itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bugatti La Voiture Noire

vocket-bugatti-la-voiture-noire-4
Sumber Gambar: Bugatti Newsroom

Kereta ‘one-off’ ini dibuat khas sempena menyambut ulang tahun Bugatti yang ke-110 yang jatuh pada tanggal 2019. Sekilas pandang, kereta ini mempunyai reka bentuk ‘coachbuilt’ yang menggabungkan rekaan model Bugatti Chiron dan Divo.

Bugatti La Voiture Noire menggunakan enjin 8-liter quad-turbo 16-silinder yang menghasilkan sekitar 1,479hp serta 1,180Nm tork. Kereta ini mampu memecut 0-97km/j dalam masa 2.4 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum 418km/j.

Lebih menarik lagi, terdapat sejarah di sebalik pembinaan model La Voiture Noire yang merupakan kereta grand tourisme paling sempurna, mewah dan eksklusif sama seperti kereta bersejarah yang pernah dibuat oleh Jean Bugatti.

Kisah di sebalik Bugatti La Voiture Noire

vocket-bugatti-la-voiture-noire-2
Sumber Gambar: Bugatti Newsroom

Model ‘one-off’ ini diinspirasikan daripada salah sebuah kereta terawal Bugatti iaitu Type 57SC Atlantic yang merupakan ciptaan terhebat ketika waktu itu oleh Jean Bugatti, anak sulung kepada pengasas kereta mewah Bugatti, Ettore Bugatti.

Menurut laman web Bugatti, sebanyak empat buah Type 57SC Atlantic telah dibina antara tahun 1936 dan 1938. Setiap model direka khas secara terperinci mengikut kemahuan setiap pelanggan.

Ketika waktu itu, model Type 57SC Atlantic merupakan kereta paling sempurna dan terpantas berbanding kereta-kereta lumba yang lain. Khabarnya kini kereta tersebut merupakan kereta klasik yang paling berharga di dunia.

vocket-bugatti-la-voiture-noire-1
Sumber Gambar: Bugatti Newsroom

Salah sebuah model kereta tersebut dimiliki oleh Jean Bugatti sendiri. Kereta yang memegang nombor casis 57453 digunakan oleh beliau serta rakan-rakannya yang merupakan pemandu Grand Prix Bugatti. Jean Bugatti menggelarkan keretanya sebagai ‘La Voiture Noire’ yang membawa maksud ‘The Black Car’.

Namun pada tahun 1938, ‘La Voiture Noire’ telah hilang tanpa kesan begitu sahaja. Kehilangan kereta ini telah menjadi salah satu misteri terbesar dan terkenal yang menjadi bualan di dalam dunia automotif sejak 80 tahun lalu.

Menurut pihak Bugatti, mereka sendiri tidak pasti sebelum Jean Bugatti meninggal dunia, sama ada beliau telah menjual kereta ini kepada salah seorang rakan-rakannya atau pun kereta ini telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat semasa tentera Jerman menyerang Alsace.

Tambah pihak Bugatti lagi, jika kereta Type 57SC Atlantic bernombor 57453 ditemui semula, dijangkakan kereta klasik tersebut kini bernilai 111 juta euro (RM556 juta) pada hari ini.

‘Sold Out’ sebelum diperkenalkan kepada dunia

bugatti-la-voiture-noire-01
Sumber Gambar: Bugatti Newsroom

Menurut Presiden dan CEO Bugatti, Stephan Winkelmann, model La Voiture Noire telah pun dijual kepada seorang private collector yang juga seorang ‘Bugatti Enthusiast’ pada harga 11 juta euro (RM55 juta tanpa cukai) sebelum kereta ini sempat diperkenalkan kepada dunia pada tahun 2019.

Tambah beliau lagi, model Bugatti La Voiture Noire tidak berfungsi sepenuhnya semasa dipamerkan ketika acara Geneva Motor Show berlangsung, namun mereka berjaya mendapatkan seorang pembeli yang mampu menunggu kereta ini untuk siap pada tahun 2021.

‘Bugatti Enthusiast’ merupakan seseorang yang sangat berpengetahuan mengenai Bugatti, di mana beliau boleh menerangkan sejarah Bugatti selama ’14 hari 14 malam’ tanpa henti atau dalam erti kata lain, beliau mempunyai ‘hubungan sangat rapat’ dengan keluarga Bugatti sejak sekian lama.

vocket-bugatti-la-voiture-noire-header
Sumber Gambar: Bugatti Newsroom
vocket-bugatti-la-voiture-noire-3
Sumber Gambar: Bugatti Newsroom

Siapakah pemilik kereta berharga lebih dari RM55 juta ini? Tiada siapa yang mengetahui siapakah beliau kerana Bugatti tidak mendedahkan pemilik sebenar kereta one-off  termahal di dalam dunia ini.

Menurut Ketua Projek Bugatti La Voiture Noire walaupun kereta ini model ‘one-off’, Bugatti mengambil masa dua tahun untuk memastikan pelbagai aspek seperti kemasan, kawalan dan keselamatan diluluskan sebelum diserahkan kepada ‘Bugatti Enthusiast’ tidak lama lagi.

Pada bulan lalu, seorang ‘private collector’ dari Malaysia yang dipilih oleh Bugatti telah telah berkongsi gambar model kereta edisi terhad miliknya.

Ini Proses ‘Private Collector’ Malaysia Beli Model Bugatti Edisi Terhad Bernilai RM25 Juta

Bugatti La Voiture Noire Dilancarkan Sebagai Kereta Termahal Dunia