Kali terakhir jenama A Bathing Ape (BAPE) berkolaborasi bersama G-Shock adalah pada tahun 2018. Bagi meneruskan kerjasama baik antara kedua-dua jenama, BAPE dan G-Shock hadir dengan model kolaborasi baharu yang akan dilancarkan secara dalam talian pada 21 Mac 2020.

Model unik DW-5750 serta tema warna merah putih dipilih untuk kolaborasi BAPE dan G-Shock kali ini. Seperti biasa, logo rasmi BAPE dapat dilihat apabila lampu dinyalakan serta rekaan camo merah menghiasi permukaan hadapan jam.

bape-bapesta-g-shock-5750-watch-20th-anniv-collab-ss20-3

bape-bapesta-g-shock-5750-watch-20th-anniv-collab-ss20-4

Tulisan BAPE merah pada bahagian tali menambah lagi seri pada model ini. Buat yang berminat, model ini boleh dibeli menerusi laman BAPE di sini sekiranya anda berada di Jepun.

Untuk pembeli antarabangsa, anda boleh membelinya di laman Zozotown. Dilaporkan model ini hanya akan dijual secara dalam talian sahaja. Buat yang berminat, anda perlu pantas bertindak Sabtu nanti.

G-Shock baru-baru ini turut mengumumkan ‘Utility Series’ yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

G-Shock Lancar Utility Series Buat Peminat Gaya ‘Military’

G-Shock Tampilkan ‘Smartwatch’ Dengan Teknologi GPS Dan Kadar Degupan Jantung