Sejak mula memasuki Malaysia, jenama realme nampaknya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menjadi pilihan rakyat Malaysia. Penawaran spesifikasi yang berbaloi beserta harga yang mampu milik antara yang membuatkan orang ramai tidak ralat untuk memiliki telefon pintar daripada jenama ini.

Terbaharu, realme Malaysia telah melancarkan model terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu realme 6. Model ini telah dilancarkan secara atas talian melihatkan keadaan semasa yang tidak mengizinkan model ini dilancarkan melalui atur cara besar-besaran.

Mengulas dari spesifikasi, realme 6 merupakan model kelas pertengahan daripada jenama ini. Walau bagaimanapun, spesifikasi yang ditawarkan ternyata tidak mengecewakan.

90202664_2354127854885203_1162016355554164736_o

realme 6 dilengkapi dengan skrin 6.5-inci LCD FHD+ beserta refresh rate 90Hz. Penggunaan processor MediaTek Helio G90T beserta RAM 8GB dan ruang storan 128GB membolehkan model ini beraksi dengan baik untuk kegunaan seharian dalam tempoh yang panjang.

Bukan itu sahaja, realme 6 turut dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 4,300mAh beserta sokongan pengecasan pantas 30W.

90211890_2354913564806632_6787811347330498560_o

Tidak hanya memfokuskan bahagian spesifikasi semata-mata, realme 6 turut disertakan dengan empat kamera belakang dengan gabungan 64-megapixel, 8-megapixel, 2-megapixel dan 2-megapixel manakala kamera hadapan disokong dengan kamera 16-megapixel.

Sejujurnya, tidak banyak jenama yang mampu menawarkan model dengan spesifikasi yang baik beserta harga yang berbaloi seperti realme. Model realme 6 bakal mula ditawarkan dengan harga RM999.

90308831_2355937448037577_4635018776155258880_o

Bersempena Lazada Birthday Sale pada 27 Mac ini, anda berpeluang mendapatkan realme 6 dengan harga serendah RM799 sahaja. Promosi bermula pada jam 12 tengah malm sehingga 2 pagi.

Sebelum ini, model realme c3 laris terjual dalam tempoh 12 minit sahaja. Turut dikongsikan, realme Buds Air berjaya terjual dalam tempoh satu minit sahaja.

Model Tiga Kamera realme C3 Berharga RM499 ‘Sold Out’ Dalam Masa 12 Minit

300 realme Buds Air Berjaya Terjual Dalam Satu Minit