Model telefon pintar Energizer paling hype dan menarik perhatian ramai, Power Max P18K Pop ini bakal menjadi telefon pintar dengan kapasiti bateri terbesar dalam sejarah iaitu sebanyak 18,000 mAh.

Dari segi spesifikasi, Energizer Power Max P18K Pop dilengkapkan dengan skrin 6.2-inci FHD+, processor MediaTek P70, 6GB RAM serta ruang storan dengan kapasiti 128GB. Namun disebabkan saiz baterinya yang besar, telefon pintar ini juga akan lebih tebal daripada biasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dikhabarkan ianya mempunyai ketebalan 3 telefon pintar normal dan jika anda membelinya, ibarat anda membawa telefon pintar yang ‘terbina’ power bank di dalamnya.

energizer
Perbezaan saiz dengan telefon pintar normal

Pihak Energizer berkata model ini akan hadir dengan sistem pengecasan pantas USB-C yang semestinya sangat membantu dalam mengecas penuh model ini jika dibiarkan semalaman.

Yang pasti, untuk satu pengecasan penuh model ini dapat bertahan berhari-hari lamanya bergantung kepada cara penggunaan anda. Hati-hati, jangan jatuhkan ke atas muka anda telefon pintar ini. Pasti sakit.