Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Honda Super Cub merupakan motosikal kapcai paling laris yang dikeluarkan oleh Honda sejak dilancarkan pada tahun 1958. Sempena ulang tahun ke-60 Super Cub ini, Honda berkolaborasi dengan jenama jam terkemuka Casio untuk menghasilkan model G-Shock khas.

Model ikonik DW-5600E-1 digunakan untuk kolaborasi ini dan memilih warna hitam putih sebagai tema warna. Bahagian tali model ini memaparkan monogram logo ‘Cub’ dan tulisan ‘Cub’ berwarna merah pada bahagian muka jam. Menjadikan koleksi ini lebih unik adalah gambar handle motor Super Cub ketika anda menyalakan lampu serta engraving ulang tahun ke-60 di bahagian belakang.

Model tangan Casio G-Shock ini terhad kepada 1,000 unit ini adalah yang terbaru. Walaupun kolaborasi ini adalah untuk tahun 2018, ianya cums akan mula dijual pada April 2019. Jam ini akan dijual pada harga 14,040 yen (~RM532) dan hanya untuk pasaran di Jepun. Jika ada rakan yang berada di Jepun, boleh cuba membelinya April nanti.

gshock cub 3

gshock cub 4

gshock cub 2

G shock Cub 1

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka