Siapa sangka jenama realme semakin mendapat perhatian ramai terutamanya mereka yang mencari model Android dengan harga mampu milik.

realme semalam melancarkan model pengganti untuk realme C2, realme C3 yang jauh lebih hebat berbanding model sebelum ini. Ia menggunakan skrin 6.5-inci LCD HD+, dijana dengan cip MediaTek baharu Helio G70 serta hadir dengan memori 3GB RAM dan storan dalaman 32GB.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Realme
Spesifikasi realme C3

Kapasiti baterinya yang besar, 5000mAh menjadikan peranti C2 ini sangat sesuai dijadikan peranti gaming anda. Tidak cukup dengan itu, realme C3 turut hadir dengan tiga lensa belakang; 12MP + 2MP makro + 2MP sensor kedalaman. Kamera swafoto pula adalah 5MP.

Menariknya, realme C3 ini dijual secara dalam talian semalam di Shopee (dengan rebate RM20) sempena jualan 3.3 dan sold out dalam masa 12 minit sahaja selepas ia dibuka untuk jualan pada jam 6 petang.

PR – realme C3 SOLD OUT

Model ini sudah boleh didapati di cawangan rasmi realme Malaysia dengan dua pilihan warna, biru dan merah. Hadir pula dengan sistem Android 10 serta features lain yang mantap, model ini memang sangat berbaloi untuk dimiliki.

Sebelum ini, realme Buds Air mencipta sejarah apabila 300 unit berjaya terjual dalam masa seminit. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

300 realme Buds Air Berjaya Terjual Dalam Satu Minit

Lihat Kualiti Gambar Menakjubkan realme X2 Pro, Peranti Unggul Buat Kaki Travel

Dengarkan Versi Remix Haa Tepok Yang Dihasilkan Khas Buat realme