Mula hadir sebagai ura-ura sejak awal 2018, model ikonik daripada Motorola suatu masa dahulu dikhabarkan bakal melakukan comeback seawal bulan hadapan.

Menariknya, model ini masih lagi mengekalkan identiti model ini yang boleh dilipat dengan penyertaan spesifikasi terkini. Motorola Razr generasi terbaru ini bakal dilengkapi dengan skrin 6.2-inci. Penggunaan processor Snapdragon 710 beserta RAM 4GB atau 6GB antara yang disertakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
EINnC2uXYAUap18
Sumber: Twitter @evleaks

Bagi mengekalkan kenipisan model ini seperti model sebelum ini, Motorola dilihat terpaksa menyertakan bateri bersaiz berkapasiti kecil pada model ini dengan bateri 2,730mAh. Sokongan pengecasan pantas 27W Turbo Power antara yang disertakan.

Berdasarkan ura-ura, harga sekitar $1,500 (RM6,264) antara yang ditawarkan pada model ini. Meskipun menawarkan ciri yang menarik serta rekabentuk yang premium, harga jualan yang agak tinggi mungkin agak sukar buat orang ramai memilikinya melihat kepada spesifikasi yang ditawarkan.

EIOmNMMWsAADmDT
Sumber: Twitter @evleaks

Motorola Razr generasi terbaru ini dijangka bakal diperkenalkan pada 13 November ini di Los Angeles. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana sambutan orang ramai terhadap telefon boleh lipat ini selepas hampir sedekad tidak menjadi pilihan.

Selain itu, tahukah anda Apple dijangka bakal memperkenalkan iPhone SE2 dengan harga tidak sampai RM2,000 seawal tahun hadapan. Turut dikongsikan bersama adalah pendirian Donald Trump yang berpendapat fungsi butang home pada iPhone jauh lebih baik berbanding gesture swipe.

Apple iPhone SE2 Mungkin Dijual Dengan Harga Tidak Sampai RM2,000

Donald Trump Mahu CEO Apple Kembalikan ‘Home Button’ Pada iPhone