Gara-gara melakukan sesi bergambar sambil berbaring di taman bunga River of Life di Kuala Lumpur baru-baru ini, seorang model wanita diberikan amaran keras oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Video model tersebut yang dilihat sedang melakukan sesi bergambar sambil berbaring sebelum ini tular di media sosial selepas ia dimuatnaik di akaun Instagram leeyanarahman.co.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Tambah menyedihkan, video tersebut turut merakam bunyi pokok-pokok bunga yang patah setelah dihempap model tersebut yang seterusnya menimbulkan perdebatan dalam kalangan mengenai tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Susulan daripada aduan yang dibuat netizen di media sosial sejak beberapa hari lalu, DBKL dalam satu hantaran di Facebook dilihat memberi amaran kepada mereka yang terlibat dengan insiden tersebut.

“Tidak kira anda siapa atau apapun tujuan, anda telah melakukan kesalahan di sini.

“Pertama merosakkan harta Datuk Bandar Kuala Lumpur di bawah Undang Undang Kecil Vandalisme dan kedua melakukan penggambaran tanpa memperolehi kebenaran terlebih dahulu daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur,” tulis hantaran tersebut.

Tidak kira anda siapa…atau apapun tujuan anda…anda telah melakukan kesalahan di sini..pertama merosakkan harta Datuk…

Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Saturday, 9 May 2020

Tindakan kumpulan tersebut melakukan sesi bergambar dan merosakkan tanaman di situ sebelum ini turut mendapat perhatian dariapada akaun Instagram river of Life.

“Pengorbanan untuk satu gambar yang boleh merosakkan harta awam, adakah berbaloi?

“Gigih tu biarlah bertempat, kalau tanaman rosak bersedia untuk dikompaun,” tulis mereka di Instagram.

Ia dipercayai susulan daripada penggunaan perkataan gigih di kiriman asal yang mengatakan ‘Perempuan memang gigih dalam semua perkara atau gigih untuk bergambar je ?’.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai River of Life Kuala Lumpur yang tersenarai sebagai tempat terbaik di dunia di pautan di bawah. 

‘River Of Life Kuala Lumpur’ Tersenarai Sebagai Tempat Terbaik Di Dunia

Persis Bridge Of Peace, Ini Kecantikan Dan Keunikan Saloma Link Di Kampung Baru Yang Telah Dibuka

Anda Mungkin Suka