Tokyo Auto Salon 2016 yang akan berlangsung dalam masa beberapa minggu lagi menjadi medan pengeluar kereta dan syarikat modifikasi mempamerkan produk terbaharu. Honda dan Mugen juga tidak ketinggalan dan bakal menggegar dengan membawa lima kereta konsep mereka. Yang paling mencuri tumpuan pastinya model konsep Civic Type R yang nampak lebih radikal.

Mugen telah merekabentuk dan membangunkan beberapa elemen aerodinamik terbaharu untuk model hatchback tesebut. Ini termasuklah bumpar dan jeriji hadapan dengan rekaan baharu berserta corong kemasukan udara. Selain itu beberapa elemen baharu pada Mugen Civic Type R termasuklah hud, skirting sisi yang lebih lebar, rim aloi sebelas bilah warna kelabu gunmetal rekaan baharu, sayap belakang dan bumper belakang dengan diffuser baharu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

honda-civic-type-r-concept-1

honda-civic-type-r-concept-0

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber