Jika sebelum ini model khas adidas McCarten menjadi rebutan pengumpul di Eropah, nampaknya model daripada siri Spezial ini pula bakal menjadi rebutan.

adidas Originals dan bekas penyanyi kumpulan legenda Oasis, Liam Gallagher bekerjasama untuk model minimalis Padiham LG SPZL. Kasut ini akan dilancarkan bersama album terbaru Liam, ‘Why Me? Why Not’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

adidas Spezial Liam 2

adidas Spezial Liam 3

adidas Spezial Liam 4

Model ini mengambil inspirasi daripada model vintaj adidas, Padiham SPZL. Menjadikan model ini berbeza dengan model adidas yang lain adalah gambar Liam Gallagher pada bahagian lidah kasut ini.

Liam adalah salah seorang artis yang sangat sinonim dengan jenama adidas ini terutamanya untuk siri Spezial. Model edisi terhad Liam Gallagher x adidas Spezial Padiham LG SPZL ini akan dijual di butik adidas Originals terpilih di Eropah dan secara atas talian pada 30 Ogos 2019. Hanya collector adidas tegar tahu betapa indahnya model edisi terhad ini.

https://www.instagram.com/p/B1a6M2XFr2_/?utm_source=ig_embed