Jika peminat kasut di seluruh dunia lebih ke arah model Yeezy dan model tapak BOOST, peminat kasut di Eropah lebih mendambakan kasut dengan rekaan klasik dan berbeza.

Sebahagian daripada koleksi edisi khas SPZL, McCarten adalah model kasut dari katalog Adidas pada tahun 70an. Model-model seperti ini disukai golongan pekerja dan hooligan kerana rekaannya yang sesuai dipakai untuk ke pejabat dan juga kasual. Jadi senang ada satu kasut yang terus boleh ke perlawanan bola sepak selepas tamat waktu bekerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BACA: Kasut Adidas Ini Tersangat ‘Rare’ Sehinggakan Anda Mungkin Tidak Dapat Membelinya

Sekali pandang, ianya tidak nampak pun seperti kasut yang biasa Adidas keluarkan. Ini adalah salah satu model Leisure Shoe yang pernah dikeluarkan oleh Adidas. Ianya nyata minimalis dan hanya satu logo kecil Adidas bunga yang membuatkan kasut ini berjenama Adidas.

Ianya dijual pada harga 100 pound (lebih kurang RM560) Bagi yang berminat untuk menambah model ini dalam koleksi Adidas anda sedia ada, bertabahlah kerana kasut ini sudah pun sold out kerana kasut ini sangat limited dan dijual pula secara cabutan.

Jika anda ada rakan yang tinggal di Eropah, mungkin boleh minta cari di butik kasut terkenal seperti Hanon, SNS, Footpatrol, Overkill atau Solebox. Mungkin masih ada stok di butik. Dahsyat juga penangan kasut ini. Atau paling mudah cari sahaja di Ebay. Harga keras sedikitlah.

UPDATE: Masih boleh dibeli di laman Adidas US. Mungkin rekaan ini tidak dekat di hati rakyat Amerika Syarikat. Saiz terhad kalau lambat menangis tak berlagu anda nanti.

Spe 5

Spe1

Spe2

Spe3

Spe4