Mercedes-Benz Malaysia telah memperkenalkan barisan SUV prestasi tinggi siri AMG 63 untuk pasaran tempatan setelah model C-Class terbaru diperkenalkan minggu lalu. Model Mercedes-AMG G 63 2019 menjadi model paling menarik selain dua model Mercedes yang lain iaitu Mercedes-AMG GLC 63 dan GLC 63 Coupe.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika dibandingkan dengan model yang dikeluarkan sebelum ini, model terbaru ini mempunyai kerangka 55% lebih kukuh dengan berat yang berkurangan sebanyak 170 kg. Dimensinya juga ditambah dengan 101 lebih panjang, 121 mm lebih lebar, 40 mm lebih tinggi dan ruang lutut penumpang yang bertambah 150 mm.

88. Geneva International Motor Show, 07.03.2018, Palexpo – Guido ten Brink / SB-Medien

SUV ini menggunakan lampu utama dengan teknologi Mutlibeam LED serta tingkat kemasan AMG Night Pakckage Edition 1. Model ini direka khas dengan mempunyai sunroof yang boleh dibuka yang berunsurkan kemewahan yang hadir bersama rim 22-inci AMG, grafik badan khusus serta brek caliper AMG merah.

Model terbaru ini mempunyai ciri-ciri keselamatan utama iaitu pakej Driving Assitance serta sistem PRE-SAFE. Pakej ini termasuk dengan kamera 360-darjah, bantuan titik buta, bantuan jarak Distronic aktif, bantuan pengekalan lorong aktif, bantuan brek aktif, bantuan parker Parktronic, beg udara sisi penumpang belakang serta lampu brek adaptif.

Model terbaru Mercedes yang bakal dikeluarkan ini dijual dengan harga RM1,464,888 yang dilengkapi dengan enjin 4.0L V8 Biturbo petrol dengan janaan sebanyak 585 hp dan 850 Nm tork.

Harga model terbaru Mercedes ini mampu bersaing dengan harga sebuah Ferrari di Malaysia namun apa yang menariknya, rekaan khas pada model ini yang kelihatan mewah dan mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri membuatkan ianya mampu menyamai harga pasaran sebuah Ferrari di Malaysia.