Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Buat julung kalinya, Vans dan Timberland berkolaborasi untuk menghasilkan satu koleksi yang menggabungkan elemen ikonik kedua-dua jenama.

Konsep meeting in the middle merupakan DNA Vans dan Timberland maka terhasillah koleksi ini. Model ikonik Timberland, Premium 6-Inch Waterproof Boots yang diperkenalkan pada tahun 1973 diberi sentuhan skateboarding di mana anda dapat melihat corak checkerboard di bahagian sisi serta branding Vans di bahagian tumit.

Model ini hadir dalam warna hitam sahaja dan ia sesuai untuk apa sahaja urusan anda; pakai untuk ke pejabat, urusan di kebun atau mungkin sekali sarungnya untuk main skate.

Koleksi Vans Skateboarding x Timberland ini akan mendarat di Timberland Pavilion (Lot 5.08.01) dan dijual pada harga MYR969.

P/S: Koleksi penuh kolaborasi ini sebenarnya turut hadir dengan model Half Cab Hiker dan ia kemungkinan besar akan dijual di Vans Pavilion.

Vans x TImberland Half Cab Hiker & Premium 6-Inch Waterproof Boots