Hari ini bermulalah undian Hot Wheels Legend Tour 2022 di mana calon-calon yang terpilih akan bersaing untuk memenangi peluang untuk menjadikan kereta mereka sebagai model diecast Hot Wheels berskala 1/64 dan dijual di seluruh dunia.

Pertandingan ini dibahagikan kepada empat rantau iaitu Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah dan Asia Pasifik. Model Suprima S ini merupakan pemenang untuk peringkat Malaysia dan sekaligus terpilih sebagai finalis untuk bertanding ke peringkat Asia Pasifik.

Baca Juga:

Jika model Proton Suprima S ini memenangai bagi peringkat Asia Pasifik, kereta berkenaan akan ditransformasikan menjadi kereta mainan Hot Wheels skala 1/64, dan ia akan dijual bersama kereta-kereta Hot Wheels yang lain di seluruh dunia.

Setakat artikel ini ditulis, wakil Malaysia telah mendahului dua pesaing dari negara lain yang telah ‘tercicir jauh’ ke belakang dengan jumlah undian sebanyak 58%.

Bagi anda yang mahu memberikan undi, anda boleh layari IG STORIES @HOTWHEELSOFFICIAL INI dan klik pada #2 PROTON SUPRIMA S bagi meningkatkan lagi peluang untuk melihat kereta berkenaan dijadikan sebagai diecast dan dijual di seluruh dunia kelak.

Jangan lupa vote guys! | Sumber Gambar: IG @hotwheelsofficial