Sejak mula dilancarkan, jenama yang popular dengan aksesori komputer ini berjaya menjadi pilihan para gamers melalui model Razer Phone.

Bersempena dengan sambutan yang diterima serta peningkatan orang ramai dalam bermain game di telefon pintar, pengarah urusan Razer baru-baru ini telah memberi bayangan dimana mereka mungkin bakal memperkenalkan model terbaru Razer Phone pada tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

razer-phone-gallery-1500×1000-10

Dari spesifikasi, para pengguna boleh menjangkakan penggunaan processor Snapdragon 845 atau 855. Model yang terbaru ini sekaligus bakal meletakkan Razer sebagai penawar telefon pintar gaming idaman pengguna selepas berjaya menyertakan teknologi 120Hz pada model sebelum ini.

Buat anda yang gemar bermain game di telefon pintar dan mahukan prestasi terbaik pada setiap game yang dimainkan, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan model terbaru Razer Phone ini apabila mula dilancarkan secara rasmi pada akhir tahun ini.

Sumber