Nampaknya bukan sahaja filem Detective Pikachu akan muncul tahun ini tetapi juga koleksi khas antara adidas dan Pokemon.

Hugokickz berkongsikan gambar model kasut adidas Campus dengan corak watak Pikachu dan Squirtle menghiasi kasut ini. Dua lagi model Campus dengan watak Charizard dan Bulbasaur masih belum diperlihatkan kepada umum.

Logo jenama adidas dan Pokemon dapat dilihat pada bahagian lidah kasut ini. Buat masa ini, adidas masih belum mengumumkan tarikh bila model ini akan berada di pasaran tetapi kemungkinan besar ianya akan dilancarkan sebelum filem Detective Pikachu pada bulan Mei ini.

Jika anda masih setia bermain permainan Pokemon GO, boleh sarung kasut ini semasa anda mencari Pokemon baharu. Adakah anda suka rekaan ini atau ianya terlalu simple?