Disaat pengeluar telefon pintar berlumba-lumba untuk mengeluarkan skrin yang besar beserta rangka yang nipis, masih terdapat lagi sekelompok pengguna yang lebih selesa dengan skrin yang lebih kecil.

Memandangkan Apple iPhone SE yang hadir dengan skrin 4-inci masih lagi menjadi pilihan pengguna sehingga hari ini, laporan daripada FocusTaiwan mengatakan Apple bakal mengeluarkan model terbaru Apple iPhone SE seawal tahun hadapan.

maxresdefault (1)

Berdasarakan ura-ura awal, dikatakan Apple bakal menyertakan skrin bersaiz 4.2-inci dan chipset yang sama seperti iPhone 7 iaitu Apple A10 Fusion. Sesuatu yang menarik buat peminat telefon pintar bersaiz kecil dan mahukan performance yang terbaik untuk kegunaan harian.

Lebih menarik, harga yang bakal ditawarkan buat model terbaru Apple ini mungkin lebih rendah berbanding Apple iPhone 8 berdasarkan penggunaan komponen model tahun lepas.

iphone-se-apple-pay

Sekiranya anda pengguna Apple iPhone 5S atau SE yang mahu upgrade telefon anda dan masih mahukan saiz skrin yang hampir sama, mungkin model ini yang perlu anda nantikan.

Sumber