Nampaknya sudah hampir pasti model terbaru Apple bakal dilengkapkan dengan tiga kamera setelah hampir kesemua sumber mengesahkannya. Difahamkan pada tahun ini, Apple sekali lagi bakal mengeluarkan tiga model terbaru.

Walau bagaimanapun, Apple pada tahun ini mungkin tidak lagi menggunakan abjad X sebaliknya bakal beralih kepada iPhone 11. Tiga model yang disahkan adalah iPhone 11, iPhone 11R dan iPhone 11 Pro. Berbeza berbanding tahun lalu, iPhone 11 Pro merujuk kepada iPhone dengan saiz yang lebih besar dan berspesifikasi tinggi.

iPhone-11-Mockups
Sumber: 9to5mac

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Apple mengubah nama bagi model terbesar mereka. Sebelum iPhone XS Max, model sebelumnya telah dinamakan sebagai iPhone 7/8 Plus.

Penyertaan lensa sudut lebar dan zoom pada kali ini pastinya memberi kelebihan buat mereka yang mahukan imej terbaik disetiap gambar yang diambil. Model terbaru iPhone bakal dilancarkan pada penghujung September ini. Sama-sama kita nantikan apakah lagi kejutan yang bakal dibawakan Apple pada kali ini.

Sumber