Sempena meraikan ulang tahun yang ke-10, Audi telah memberi penghormatan kepada enjin V10 melalui reka bentuk model R8 V10 yang dihasilkan dengan jumlah yang sangat terhad.

Dari segi rekaan, Audi telah memilih padan warna Daytona Grey bersama warna gangsa untuk sport rim. Selain itu, rekaan sleek pada model ini turut dikekalkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https___hypebeast.com_image_2019_03_audi-r8-v10-decennium-release-1

https___hypebeast.com_image_2019_03_audi-r8-v10-decennium-release-2

Model ini mengekalkan warna hitam sebagai warna utama untuk bahagian dalam termasuklah pada kerusi rombus yang berlapis, “penukar” gear dan stereng Alcantara dengan jahitan tembaga yang dapat menambahkan lagi kontra di seluruh bahagian dalam kereta tersebut.

https___hypebeast.com_image_2019_03_audi-r8-v10-decennium-release-4

https___hypebeast.com_image_2019_03_audi-r8-v10-decennium-release-3

Sedikit maklumat tambahan mengenai model ini. Ianya mempunyai kuasa 620 kuasa kuda, tork 427.8 lb-ft dengan kelajuan tertinggi 329 km/j dan boleh mencapai 0 hingga 100km/j dalam 3.1 saat sahaja. Manakala penjenamaan Decennium terdapat di beberapa tempat pada model ini iaitu pada bahagian cermin luaran dan ambang pintu.

https___hypebeast.com_image_2019_03_audi-r8-v10-decennium-release-5

Model R8 V10 Decennium Audi ini berharga kira-kira $252,358 (~RM 1.03 juta) tidak termasuk cukai dan ditawarkan terhad sebanyak 222 unit sahaja. Pembeli juga diberi enam pilihan warna, antaranya ialah kemasan warna Daytona Grey, Suzuka Grey, metalik Floret Silver, metalik Mythos Black, metalik Ascari Blue dan metalik Kemora Grey.