Umum tahu Dodge Challenger sememangnya sebuah kereta yang mempunyai enjin yang hebat serta kuasa kuda yang tinggi. Model ini juga merupakan antara idaman buat peminat kereta retro atau muscle car khususnya di negara barat.

Melihat kepada perkembangan teknologi semasa model yang hadir dengan rekaan retro ini bakal dimuatkan dengan teknologi yang lebih moden dengan penyertaan sokongan elektrik menurut Dodge.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Engadget

Walaubagaimanapun, para peminat pastinya menikmati feel yang berbeza apabila model ini masih lagi mementingkan aspek penguasaan enjin yang hebat. Bezanya pada kali ini enjin pada model ini pastinya lebih senyap berbanding enjin V8 sebelum ini yang sudah menjadi halwa telinga buat peminat. Setakat ini, Dodge masih belum kongsikan sebarang spesifikasi mengenai model terbaru mereka.

Untuk pengetahuan model terbaru Dodge Challenger ini bakal menjadi saingan kepada Ford Mustang Hybrid yang bakal turut dilancarkan pada 2020 ini. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana sebuah model dengan rekaan retro bakal dikuasakan dengan enjin berkuasa tinggi serta sokongan elektrik.

Sumber