Free Palestine! Sewaktu Presiden Amerika Syarikat (US) Donald Trump mengumumkan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, ramai orang membantah sekeras-kerasnya dengan kritikan tegas dan demostrasi.

Trump menyatakan Israel negara berdaulat dan ada hak untuk menentukan ibu negaranya sendiri, sedangkan masyarakat antarabangsa tahu Israel telah merampas Palestin dan mendudukinya secara haram sejak 1948.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran tindakan Trump itu menyebabkan ‘gelombang’ anti keputusan tersebut terbentuk di meja mesyuarat pihak berkuasa, jalanan dan media sosial.

Antaranya ialah model terkenal Bella Hadid yang merupakan anak kacukan Belanda dan Palestine di mana ayahnya seorang pelarian yang telah menjadi hartawan melalui syarikat pembinaan.

Bella Hadid telah memuat naik post ini buat 16.1 juta pengikutnya di Instagram. Ia turut menarik perhatian media massa kerana ketegasannya bersuara dalam isu Palestine.

I’ve been waiting to put this into perfect words but I realized there is no perfect way to speak of something so unjust. A very very sad day.Watching the news and seeing the pain of the Palestinian people makes me cry for the many many generations of Palestine.

Seeing the sadness of my father, cousins, and Palestinian family that are feeling for our Palestinian ancestors makes this even harder to write. Jerusalem is home of all religions. For this to happen, I feel, makes us take 5 steps back making it harder to live in a world of peace.

The TREATMENT of the Palestinian people is unfair, one-sided and should not be tolerated. I stand with Palestine.
There is no hate against anyone… There are no sides… All religions living side by side.. Now it is Just one man..it has always been a factor of trying to bring peace… Where is the hope..?

Tidak terhenti di situ, Bella telah menyertai satu demonstrasi, Free Palestine di London depan kedutaan US selepas menghadiri majlis pembukaan kedai baru Tag Heuer. Dia datang sejurus selepas majlis tersebut dengan bergaun merah dan jaket labuh putih.

https://www.instagram.com/p/Bcd9u8jjFJH/?taken-by=hadidnews

Sebelum ini Bella juga lantang menentang tindakan Trump ke atas soal imigresen dan secara terbuka menyatakan dia bangga dirinya seorang Muslim. Keberanian Bella ini tidak pelik kerana ayahnya turut melakukan perkara yang sama.

Sumber