Bersempena dengan pengumuman strategi Seamless AI Life dan 1+8+N, HUAWEI sedia melancarkan produk inovatif terbaru mereka iaitu HUAWEI Vision S Series. Dilengkapi dengan teknologi terbaru beserta AI, TV terbaru keluaran HUAWEI ini sedia menawarkan lebih banyak fungsi buat para pengguna.

Menerusi HUAWEI Vision S Series, pengguna berpeluang membuat panggilan video bersama keluarga serta rakan-rakan dengan mudah. Menariknya, model ini turut menyokong paparan Full HD 1080p buat panggilan video menerusi aplikasi HUAWEI MeeTime.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Image 2

Pengalaman menonton TV menerusi HUAWEI Vision S Series pastinya sangat berbeza berbanding TV biasa melihatkan penawaran model ini yang dilengkapi refresh rate 120Hz untuk paparan 4K beserta empat quad speaker 10W.

Dilengkapi dengan Intelligent Bandwidth Adjustment, pengguna pastinya tidak lagi mengalami masalah melibatkan lagging sebagainya sewaktu menjalankan panggilan video khususnya sewaktu perjumpaan berkumpulan bersama rakan kerja.

Nak tahu apa yang membuatkan HUAWEI Vision S Series lebih fun? Menerusi skrin besar yang ditawarkan, anda berpeluang mendapatkan gambar keluarga anda dengan lebih mudah menerusi penawaran camera 13-megapixel Magnetic Camera.

HUAWEI dilaporkan bakal melancarkan HUAWEI Vision S Series tidak lama lagi. Menariknya, HUAWEI turut sedia menawarkan hadiah menarik buat para pembeli dengan model TV penuh fungsi ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai HUAWEI MatePad 10.4 yang bakal dilancarkan 20 Mac ini.

Tawarkan Lebih Banyak Perubahan, HUAWEI MatePad 10.4 Bakal Dilancarkan 20 Mac Ini

HUAWEI Mate 40 Pro, Peranti Serba Lengkap Tanpa Servis Daripada Google