Yeezy Mafia semalam berkongsi di laman Instagram mereka susunan kasut YEEZY BOOST 350 V2 daripada yang paling limited sehinggalah yang paling mass produced.

Kasut YEEZY BOOST 350 V2 ini sudah dihasilkan dalam pelbagai warna dan carta ini sedikit sebanyak memberi gambaran model yang mana mempunyai nilai yang paling tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan carta ini, warna ‘Frozen Yellow’ yang dikeluarkan awal bulan ini merupakan yang paling limited sementara ‘Beluga 2.0’ yang dijual hujung minggu lalu adalah yang paling banyak dihasilkan. Apabila banyak dihasilkan, harga untuk ‘Beluga 2.0’ ini pastinya tidak boleh pergi terlalu tinggi dan semestinya ramai reseller yang bersedih dengan berita ini.

Patutlah ramai betul orang sanggup berbaris untuk membeli kasut YEEZY BOOST 350 V2 ‘Frozen Yellow’ ini. Sampai hampir pecah pintu masuk KLCC tempoh hari. Harga untuk warna ‘Frozen Yellow’ pasti akan meningkat naik selepas ini.