Berita baik buat peminat motosikal Kawasaki, Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) dilaporkan sedia untuk membawa beberapa model Kawasaki untuk pasaran Malaysia melalui pemasangan oleh Modenas.

Pemasangan oleh Modenas selaku syarikat tempatan ini sekaligus memberi bayangan model-model keluaran Kawasaki selepas ini mungkin ditawarkan dengan harga yang lebih rendah berbanding sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
2019-pulsar-dareventure-reality-show-malaysia-modenas-2
Sumber: Bikes Republic

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan, meskipun model-model Kawasaki ini dipasang oleh Modenas, kualiti pemasangan tetap dijaga dengan rapi melalui seliaan oleh pihak Kawasaki Heavy Industries (KHI).

Setakat ini, pihak Modenas belum mengumumkan model Kawasaki manakah yang bakal dipasang di Malaysia. Walau bagaimanapun, Roslan Roskan turut menyatakan model Ninja dan Versys antara yang berada dalam senarai.

Kawasaki_Ninja_250_2018
Sumber: Wikimedia Commons.

Buat anda yang bercita-cita untuk mendapatkan motosikal keluaran Kawasaki, mungkin penantian untuk mendapatkannya melalui model yang dipasang Modenas dengan harga yang lebih rendah adalah berbaloi.

Kawasaki pada tahun lalu telah memperkenalkan Z400 SE ABS dengan harga RM28,755. Turut dikongsikan, kemalangan yang berlaku disebabkan ‘geng kereta mahal’ berlumba di jalanan.

Kawasaki Perkenalkan Z400 SE ABS Dengan Harga RM28,755

Netizen Bengang ‘Geng Kereta Mahal’ Sebabkan Kemalangan Kerana Berlumba